Monday, May 17, 2010

anugerah bintang popular berita harian 2009

Rezeki 39 pembaca BH

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

Menangi pelbagai hadiah lumayan termasuk motosikal Naza GTR 170X, pakej percutian ke Bali, telefon bimbit dan komputer riba

ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bukan hanya mengiktiraf golongan selebriti seperti penyanyi, pelakon, penyampai radio dan pengacara televisyen, sebaliknya, saban tahun anugerah yang ditunggu-tunggu ramai ini tidak pernah melupakan kalangan peminat dan pembaca Berita Harian yang setia memberikan sokongan.

Memasuki 23 tahun, ABPBH terus mendapat sokongan padu mereka, yang bukan hanya ingin melihat selebriti pilihan masing-masing mendapat tempat pada peringkat akhir seterusnya menjulang trofi, malah undian yang dihantar menandakan betapa peminat mahu melihat anugerah ini terus bertahan sebagai acara paling gemilang dalam industri hiburan tempatan.

Setiap kali tibanya musim ABPBH, setiap kali itu jugalah peminat menunjukkan kesungguhan mereka apabila menghantar borang undian untuk melihat artis atau personaliti kesayangan memboloskan diri pada peringkat seterusnya.

Bukan usaha yang sedikit kerana bagi edisi ABPBH 09 ini, mereka sebenarnya perlu mengumpulkan sebanyak tujuh borang berturut-turut sebelum menghantarnya sebagai satu penyertaan.

Menurut Pengerusi Pengelola ABPBH 2009, Hanizam Abdullah, menyedari sumbangan peminat terhadap kejayaan anugerah berkenaan serta sokongan berterusan yang diterima, maka penganjur dengan berbesar hati menyediakan pelbagai ganjaran menarik untuk mereka yang mengambil bahagian dalam undian.

"ABPBH ialah anugerah yang memberikan hak kepada peminat untuk memilih siapa yang layak digelar penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio mahupun artis komedi popular. Tradisi ini sudah diperkenalkan sejak lebih dua dekad lamanya oleh Berita Harian. Lalu, tidak salah kita menghargai pula kalangan pengundi ini yang saban tahun setia bersama kita," kata Hanizam.

Beliau yang juga Pengarang Hiburan Berita Harian berkata demikian ketika ditemui pada sesi memilih pemenang pembaca pusingan pertama undian ABPBH 09 di Balai Berita, baru-baru ini.

Terbabit sama dalam sesi pemilihan pemenang itu ialah Timbalan Pengerusi Pengelola ABPBH 09 yang juga Pengarang B*Pop, Akmal Abdullah; Penolong Pengarang Hiburan BH merangkap Pengerusi Pencalonan, Zainuri Misfar dan Pengurus Kanan Penajaan dan Acara The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Wan Rafilin Wan Mohd Noor.

Bagi edisi ke-23 ini, ABPBH menyediakan banyak hadiah hebat untuk dimenangi pembaca serta peminat yang menyertai undian pusingan pertama.

Hadiah terbabit termasuk dua motosikal Naza GTR 170X bernilai RM16,400 tajaan Naza Bikes Sdn Bhd, percutian ke Bali selama empat hari tiga malam (RM2,600) tajaan POTO Travel & Tours, lima pakej rawatan muka (RM1,000) dan lima pakej rawatan pelangsingan badan (RM1,000) tajaan Slimming Sanctuary, sepuluh telefon bimbit, tiga komputer riba, tiga iPod dan sepuluh pemain MP4.

Hanizam turut berpesan kepada peminat untuk tidak berlengah dalam proses menghantar borang undian bagi peringkat kedua yang kini disiarkan menerusi BH dan Berita Minggu sehingga 19 Mac.

"Harapan kami semoga peminat akan menghantar undian lebih awal kerana dengan cara itu, mereka boleh mengelakkan daripada tercicir apabila proses pengiraan diadakan. Jangan tunggu untuk menghantarnya sehingga hampir ke tarikh tutup penyertaan kerana borang yang lambat sampai mungkin tidak akan sempat dikira," katanya.

Apabila borang mereka tidak sempat dikira, katanya, dengan sendirinya seseorang peminat terlepas memenangi pelbagai lagi hadiah menarik yang ditawarkan untuk pusingan kedua," katanya.

Senarai pemenang:

Naza GTR 170X:

  • 1 - Norhisham Idris (760320-01-6557)
  • 2 - Khairul Idham (881116-10-5377)


Percutian ke Bali
  • 1 - Adliany Adnan (851007-08-6202)


Rawatan Muka:
  • 1 - Siti Nurul Ain Abd Hamid (890715-06-5500)
  • 2 - Fareeza Ramli (870526-10-5050)
  • 3 - Engku Nor Zatun Najhah Kurasli (810130-13-5398)
  • 4 - Azizah Mamat (810111-06-5187)
  • 5 - Mohd Rahmat Jamaluddin (740528-14-5237)


Rawatan Pelangsingan Badan:
  • 1 - Sarah Radzlinda Mohd Idris (800412-05-5274)
  • 2 - Rozidah Harun (660401-08-6858)
  • 3 - Afiz Mohd Noor @ Abd Aziz (830215-11-5511)
  • 4 - Mohd Helmi Ismail (840618-04-5115)
  • 5 - Suhaila Ismail (780602-05-5480)


Telefon Bimbit:
  • 1 - Roslina Kartimon (850308-01-5534)
  • 2 - Mohd Lutfi Ismail (890505-11-5063)
  • 3 - Mohd Nor Nazrin Paie (910321-14-6485)
  • 4 - Ahmad Badruddin Shah Abu Bakar (930426-01-6079)
  • 5 - Nornadiah Mohd Yusof (880810-05-5424)
  • 6 - Aiti Aishah Sipun (821016-01-6022)
  • 7 - Shamizah Shamsuddin (820712-10-5040)
  • 8 - Norlian Mohd Marzuki (590810-06-5192)
  • 9 - Mohd Farid Hussin (791123-10-5501)
  • 10 - Tatang Elwani Zaini (811126-13-6181)


iPod:
  • 1 - Aiman Zhafirin Mohamad Zahrin (950309-09-5167)
  • 2 - Jamaliah Yussof (840510-12-6140)
  • 3 - Kartini Sulaiman (691003-11-5280)


Komputer riba:
  • 1 - Noraini Idris (870113-01-5014)
  • 2 - Zailan Misban (730811-01-6933)
  • 3 - Mohamad Yusri Mohamed Yusof (900505-05-5175)


Pemain MP4:
  • 1 - Saiful Azman Mokhtar (760509-10-5297)
  • 2 - Zulkifli Kordi (690622-01-6033)
  • 3 - Khairul Azhar Ashaari (781203-08-6073)
  • 4 - Haris Kamis (670315-09-5175)
  • 5 - Shamsul Mustaffa Mohd Kamal (680721-10-5569)
  • 6 - Zaizuliana Zaitun Anuar (870817-14-5466)
  • 7 - Mawarni Zamri (850510-02-5146)
  • 8 - Amira Mohamed (910312-10-6262)
  • 9 - Nor Amin Sudir (820216-01-6399)
  • 10 - Arniza Ariffin (840420-07-5888)

slogan erti 1 malaysia

Peraduan Erti 1Malaysia selama sebulan tarik minat pembaca Berita Harian

KUALA LUMPUR: Seorang murid Tahun Enam , Nor Afifah Amirah Mukhtarudin, 12, menjadi peserta paling muda menyertai Peraduan Erti 1Malaysia anjuran Berita Harian dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) selama sebulan dari 1 Disember hingga 30 Disember lalu.
Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kebun Sireh, Pulau Pinang itu menerima hadiah khas juri di atas semangat patriotisme tinggi yang ditunjukkan.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata penyertaannya dalam peraduan melengkapkan slogan khas tidak lebih 20 perkataan disertai secara rahsia tanpa memberitahu kepada ahli keluarga yang lain.

“Satu hari ketika membaca surat khabar Berita Harian, saya ternampak peraduan mencipta slogan mengenai erti 1Malaysia.

“Sebelum ini sekolah saya juga ada menganjurkan peraduan sebegini namun saya tidak berjaya memenanginya.

“Dari situ saya mengambil sedikit idea untuk mencipta slogan ini dan kedudukan pejabat pos yang berhadapan dengan sekolah memudahkan saya untuk menghantar peraduan ini,” katanya.
Nor Afifah Amirah berkata demikian selepas penyampaian hadiah oleh Ketua Penolong Setiausaha KPKK, Ariah Judah di Balai Berita di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Mahfar Ali; Pengarang Eksekutif Rencana BH, Norhayati Md Said dan Ketua Jabatan Pengedaran The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Azman Che Chin.

Sementara itu, slogan ‘1 harapan, 1 kemahuan, 1 permintaan bagi menjanjikan pelbagai impian kepada semua rakyat Malaysia untuk berkhidmat dan berbakti ke atas negara tercinta’ yang dihantar Mohd Farid Hussin, 30, dipilih memenangi tempat pertama.

Kemenangan itu membolehkan kakitangan kerajaan dari Bandar Puncak Alam, Selangor, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.

“Saya tidak menyangka sama sekali akan kemenangan ini. Malah, tujuan menyertai peraduan ini adalah semata-mata untuk berkongsi erti 1Malaysia dengan semua rakyat Malaysia terutamanya mereka yang masih belum memahami makna 1Malaysia,” katanya.

Turut diraikan pemenang tempat kedua, Khairi Sabrin Hood yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2,500, ketiga Sharmila Chandran (RM1,500) dan seramai 30 peserta turut menerima hadiah sagu hati bernilai RM250 seorang.